Sunday 20 February 2011

hidup tak selalunya indah.....

'hidup tak selalunya indah...langit tak selalu cerah...lalala.....'

haa.....sape ingat lagu ni? zaman masa skolah-skolah dulu, lagu kumpulan Hijaz ni.....sepetang tadi asyik nyanyi lagu ni je...ni gara2 cik Hana la ni, yang cadangkan tajuk entry saya mlm ni...hehe.. (time kasih ye cik hana...=p)

hari ni Hari Ahad. maksudnya hari ni saya kerja. bila hari kerja, saya kena bangun awal...uhhh....kenape la tak cuti seminggu 3 hari. jumaat, sabtu, ahad....kan best...(boleh tak kita mintak Ceupac cadangkan supaya tambah hari cuti kepada 3 hari ek? )....alkisahnya bermula dari awal pagi lagilah, kitorg dah terlewat pegi keje... (terlajak tido....isk3..) masa dalam kete tu, abi ada tanya saya, 'xnak suruh dorang punch kan ke?' 'ehh,  tak nak la...sempat lg ni.....' tapi dalam hati riso jugak....tapi sempat jugak la saya punch on time hari ni. TEPAT JAM 8 PAGI! hihi  mujur jugak le punch clock tu mmg lambat....heheh

muka orang datang lambat...ngeh ngeh...


tugas saya sepanjang hari ni, mendispens  di kaunter. kebetulan pegawai kaunter cuti, so terpaksa gantikan tempat dia...hari ahad ni biasa lah, patient sangatlah ramai....bermula dari awal pagi, kaunter farmasi sungguh laku. ramai sungguh patient datang ambik ubat. maklumlah ubat free....yang hairannya, ada jugak pt yang nak bagi duit lepas dapat ubat.siap tanya ' kena bayaq berapa ni chek?'....'ishh, tak payah bayaq aih pakcik...free aja....' (tapi dalam hati haii....kalau nak bagi pun boleh jugak. tengok yang dia ambik dari beg tu RM 50...hihi...almaklum getah mahal  sekarang....itu yang best. tergelak-gelak kami kat kaunter...itu kalau yang best. yang tak best pun ada......kerja berurusan dengan orang ramai ni,macam-macam karenahnya....


kaunter Farmasi Hospital Sik. tempat saya bekerja setiap hari =)

ada yang suka marah-marah. hari ni saja entah berapa kali saya dimarah pesakit. bila preskripsi dorang bermasalah, biasanya saya akan panggil untuk tanya  balik,  betul ke ubat ni makan mcm yg doktor tulis ni...sebabnya, kebanyakan dorg ni dah biasa makan ubat. bertahun-tahun lama nya...jadi dorg dah tau sangat2 ubat tu...sampai kekadang kiat nak explain ubat tu untuk apa, dia potong & cakap 'tau dah, tau dah'....hadehh.....tapi ada sorang pakcik ni tadi, bila saya panggil & tanya, dia jawab balik kat saya 'eh, kenapa tanya saya, saya mana tau. tanya la  doktor!!' dengan gaya yang begitu marah sekali...saya pun hampir terkedu dibuatnya. tebal muka. mana tak nye,kena marah depan2 orang ramai....malunyaaaa!!...tapi disebabkan nilai-nilai profesionalisma saya ni sangatlah tinggi, (cewah!)...maka saya pun berkata dengan lemah lembut kepada pakcik tersebut...'ooo,pakcik tak tau ka...pakcik, preskripsi pakcik ni ada masalah, saya kena konfom dengan Dr dulu. duduk sat nah...' sambil senyum2 simpul yang sahih dibuat2...eheh...

ada  jugak pesakit yang 'psiko' dan 'addict' dgn ubat. ada seorang pt, mmg lah 'tak betul'....dah tu,addict dgn satu ubat PSY nih...tiap kali datang satu jenih ubat ni yg dia nak. ubat lain,awal2 lagi dia cakap 'hampa bagi ubat xxx ni cukup. ubat lain tak mau'.....haih,boleh pulak oder2 ubat camtu  ek...mcm kedai mamak...sudah la datang tu dengan macam2  gaya. kejap gaya rockers,kejap hindustan, kejap selekeh, selebet....kitorang kadang2 takut, kadang2 nak tergelak...hihihi...

ada pesakit yang sangat bersyukur pulak bila dapat ubat. dengan ucapan terima kasih beriban2, bila dengar explanation ubat tu, beriye2...yg macam ni biasanya dah pernah pegi ke hospital swasta, & kena caj mahal giler.bila dtg hosp. kerajaan, free ajek...mana nye tak bersyukur....'tima kasih na dik....kalau kat hospital swasta mahai ni...' katanya...hehe..

ada jugak yang suka tanya macam2. kadang2 tu bawak mai segala ubat tradisionalnya..nak tanya Farmasi la, boleh x makan ubat tu. tapi yang bawak tu botolnya dah kosong pun. maknanya dah habih makan sebotoi la tu...nak tanya apanya lagi cik ooiii....huhuhu....

pagi sampai petang, macam-macam karenah yang dapat kami tengok. kadang2 bila x de pesakit, kami pakat2 bercerita. nak  tergelak.....hahaha.....sonok jugak skali skala jaga kaunter seharian....tapi.....letih mmg x payah cakap la. lenguh mulut ni mendispens ubat. kadang2 terpikir, kalau dapat rakam je suara ni kan best. bila nak bagi ubat, petik je......agak2 boleh x camtu ek?


gambar masa sy kat Hospital Langkawi. bersama K. Pah...i miss u la...hehe

hehe...mengarut je la...

ops, harith sudah bangun tido, dan sudah mula memetik2 keyboard ni.mungkin nak tolong ummi menaip kot....hehe. mungkin juga dia dah lapar.....

1 comments:

merekahaani said...

terime kasih ye pn.salmi petik name i.. glamer la peh nih.. hehehee...

Post a Comment