Thursday 17 February 2011

SUPERbug

superbug? ape tu? korang penah dengar ape tu super BUG? bukan superman, bukan juga super saiya..ahahahaaa....Sebenarnya berlaku satu insiden di tempat kerja saya pagi tadi, mnyebabkan saya begitu berkobar-kobar untuk menulis entry ni..apa yang berlaku, biarlah saya dan geng- geng saya saja yang tau ye..(hana, shafinaz, afni...hampa msti tau kan..hihihi)

kembali kepada isu superbug...pernahkah korang pegi ambil ubat di farmasi, dan org kat kaunter tu cakap 'ini ubat antibiotik, makan sampai habis ya.....'. haa, mesti pernah kan? mengapa ya, kena habiskan antibiotik? kenapa selalu sangat dipesan berulang kali....korang pernah berhenti makan antibiotik bila sakit/ demam dah hilang? haa, mesti pernah kan? ( saya pun pernah...hihihi. not good okey! )

apa kegunaan antibiotik ya? antibiotik @ antimikrobial adalah ubat yang bertindak memusnah atau merencat pertumbuhan bakteria, bagi menghalang jangkitan daripada bakteria tersebut...

kebanyakan kita akan diberikan antibiotik apabila demam,batuk, selesema @ sakit tekak. tahukah korang, bahawa kebanyakan gejala ini sebenarnya disebabkan oleh VIRUS, bukan BAKTERIA. jadi.....tak perlu lah bagi antibiotik kan? penggunaan antibiotik secara berleluasa ini sebenarnya tidak akan memberi banyak faedah, sebaliknya akan mengundang BAHAYA! sebab apa? haa, ni nak bagitau ni, akan meningkatkan risiko kemunculan SUPERBUG aka bakteria kebal antibiotik.

ada dua kategori antibiotik, yang berspektrum luas, dan berspektrum sempit. biasanya doktor akan lebih suka menggunakan antibiotik berspektrum luas, sebab lebih berkesan kepada lebih banyak bakteria. hmm, ni lah salah satu faktornya yang menyebabkan lebih banyak SUPERBUG terhasil di alam fana ini....apabila banyak superbug, maka antibiotik yang paling hebat sekali kena la digunakan untuk membunuh bakteria tersebut....maka kos rawatang nya pun mesti la makin mahal kan...hmmmm...cuba kita fikir- fikirkan kesannya nanti ya.....

oleh yang demikian, di sini saya ingin menasihati lah kawan2 saya yang budiman, kalau demam sikit2 tu, batuk sikit2, sakit tekak, cuba la elakkan dari mengambil antibiotik...minum air suam banyak banyak okey! kalau korang diberikan antibiotik pulak, make sure habiskan. HABISKAN!! penting ya kawan kawan......jangan beri peluang untuk SUPERBUG! untuk doktor2 sekalian... ( mana la tau, ada doktor mana 2 yg baca blog sy ni....uhuh...) preskrib la antibiotik secara rasional dan beretika..jangan semua yang demam nak bagi antibiotik. apa kes? kan?

wokeh, harith suda mengantuk....mari pegi tidokan beliau. cukup dulu setakat ini......

2 comments:

Anna Da Lady said...

AA, kalau Dr kasi ubat antibiotik, mesti dia kata suh habiskan..rupanya sbb ni ye?..tapi kalau Kam la kan...kalau demam/batuk/selesema, jarang nak gi jumpak Dr.Selalu buat apa2 yang patut sendiri2..malas nak makan ubat..Kamaliana

Salmi said...

ha ah...bagusla camtu cik kam..saya pun mmg jarang, kecuali bg condition2 tertentu yg mmg diketahui kena mkn antibiotik..:-)
jgn beri peluang kat SUPERBUG!

Post a Comment